Jumaat, 27 Januari 2012

Pegambilan Tanah

Demi Islam, Kerajaan Di Desak Batal Pengambilan Tanah Tapak Madrasah Darul Ulum Di Lanchang !
TEMERLOH, 26 Jan - Kerajaan Negeri Pahang didesak tidak meneruskan hasrat untuk membuat pengambilan semula tanah sebuah madrasah di Kampung Paya Siput, Lanchang dekat sini. Ia berikutan terdapat dakwaan salah sebuah pondok di madrasah terbabit dipercayai merupakan lokasi "titik tengah Semenanjung Malaysia". Difahamkan lokasi terbabit bakal dijadikan tarikan pelancongan berdasarkan kepada perngikhtirafan yang akan diberikan. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dipercayai telah melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah, dan titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di lokasi terbabit. Susulan dengan itu urusan pengambilan tanah sedang dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Walau bagaimana pun kini terdapat dakwaan bahawa lokasi terkini seperti sebelum ini kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) ialah di Jerangsang, Benta, Lipis. Maknanya, "titik tengah semenanjung" di kawasan itu kini boleh dipertikaikan dan diragukan. Oleh yang demikian, usaha untuk menyelamatkan tapak madrasah terbabit sedang giat dilakukan. Difahamkan, Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma. Malah, tanah yang didakwa itu adalah merupakan hak milik seorang guru agama yang telah bersusah payah menjadikan kawasan itu untuk pengajian pondok. Soalnya, sepatutnya madrasah itu dipelihara dan bukan dirobohkan semata-mata mahu mencari publisiti. Mana yang lebih utama, pengajian agama dan titik tengah Semenanjung Malaysia?. Oleh itu, berbagai usaha sedang dilakukan oleh pihak madrasah untuk pertahankan kawasan terbabit termasuk buat solat hajat dan sebagainya.

[Persoalannya sekarang, ke mana perginya Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam mempertahankan madrasah ini?. Inilah masanya mereka bertindak mempertahankan institusi agama dari dirobohkan untuk tujuan pelancongan seperti yang didakwa. Sewajarnya pusat tarbiyah Islam ini dipertahankan demi masa depan generasi akan datang. Pihak terbabit sepatutnya memikirkan sesuatu untuk tidak merosakkan sebuah madrasah hanya kerana mahu menjadi lokasi berkenaan sebagai "titik tengah semenanjung". Malah difahamkan, dengan izin Allah titik tengah yang didakwa itu telah jatuh di lokasi "lubang najis" salah sebuah tandas di lokasi terbabit. Ini semua adalah petanda bahawa tidak ada kewajaran untuk pihak berkuasa merombak pusat pengembangan Islam. Umat Islam di seluruh negeri Pahang digesa bangkit untuk mempertahankan madrasah terbabit. Selamatkan Madrasah Darul Ulum dari menjadi mangsa pembangunan. Baca laporan berkenaan hasrat kerajaan negeri itu di SINI].

Debat : Anwar Bimbang Namanya Tengegelam


January 27, 2012
Oleh: Iskandar Zulfi

Setelah dibebaskan dari kes liwat, nama Anwar di dalam negara semakin hari semakin tenggelam. Namanya di barat pula, semakin hari semakin buruk kerana tidak lagi relevan bagi strategi mereka.

Satu-satunya tempat di mana namanya semakin menjulang tinggi adalah di dalam lingkungan LGBT. Ini terbukti apabila hampir semua laman-laman web LGBT di seluruh dunia memberi ‘liputan’ positif tanda kemenangan golongan itu apabila Anwar dibebaskan.

Di dalam Pakatan Rakyat sendiri, nama Anwar dianggap sebagai liabiliti. Kita sudah lama tahu bahawa terdapat beberapa pihak di dalam PAS yang enggan duduk bersama Anwar dalam majlis-majlis PR. Ini akhirnya diakui sendiri oleh Datuk Dr. Hassan Ali setelah dipecat dari PAS. Namun, kerana kuasa dan keghairahan berpolitik, majoriti mereka memilih untuk terus menjunjung Anwar sebagai ketua agar dapat sampai ke Putrajaya.

Bimbang namanya terus tenggelam, Anwar perlu bangkit menyatakan kehadirannya di dalam arena politik Malaysia. Tanpa kes liwat dan isu konspirasi, Anwar tidak punya peluang untuk menonjolkan diri. Silap tonjol, terkena pula batang hidung sendiri sepertimana yang berlaku dalam wawancara dengan BBC.

Kerana itu, timbullah isu debat Anwar-Najib ini. Merdeka Center dan kumpulan yang kononnya mewakili professional Melayu pun memukul canang konon rakyat bersetuju kedua-dua pemimpin ini berdebat.

Entah professional Melayu yang bagaimana yang benar-benar tidak ada kerja dan ingin benar mendengar debat yang tidak akan membawa ke mana.

Ini kerana golongan professional Melayu yang penulis kenal langsung tidak ambil tahu perihal Anwar kerana terlalu sibuk dengan kerja. Yang mereka tahu, ialah Najib juga perlu bekerja dan bukannya berdebat atau melayan manusia yang teraniaya pun tidak, dipenjara pun tidak, berjasa pun tidak, tetapi ke hulu ke hilir bercakap kosong bagai orang gila.

Jika ingin sangat berdebat, Anwar boleh berdebat di parlimen. Jika ingin bersuara, Anwar boleh bersuara di dalam ceramah, Suara Keadilan, Harakah, Malaysiakini, Malaysian Insider, Youtube, Facebook, Twitter, Blog, Laman Web malah BBC dan Sinar Harian hatta laman web rasmi LGBT juga. Tidak cukup dengan itu, Anwar boleh mengedar Buku Jingga, hijau, biru, atau pelangi iaitu warna rasmi LGBT jika perlu.

Apa guna mencabar Najib berdebat secara terbuka lagi jika semua idea, angka dan fakta sudah boleh dibentang, dibaca, didengar, dianalisa dan dikaji sendiri oleh rakyat melalui semua media itu?

Atau Anwar sekadar ingin beradu siapa paling pandai bercakap? Jika ini tujuannya, maka kita sudah tahu yang Anwar akan menang kerana hanya itulah kerja Anwar sejak dahulu sehingga sekarang, iaitu bercakap.

Malangnya, rakyat tidak memerlukan pemimpin yang pandai bercakap. Rakyat perlukan pemimpin yang pandai bekerja. Dan kata orang, orang yang terlalu bijak bercakap selalunya tidak pandai bekerja.

Justeru, kepada Anwar, kita sarankan simpanlah air liur itu kerana ia sudah tidak laku lagi. Kalau terdesak benar inginkan publisiti, sekurang-kurangnya janganlah memperbodohkan diri. Orang tahu siapa di belakang Merdeka Center dan orang tidak tahu siapa pula professional Melayu yang suka mendengar debat itu.

Najib ada kerja untuk dibuat, janganlah mengganggu macam budak-budak tak ada kerja dan tak cukup akal. Pergilah buat kerja sendiri – secara professional, berdasarkan tanggungjawab masing-masing.

Lagipun, bukankah lebih elok bagi Anwar mengambil peluang kebebasan ini untuk menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga, mengerjakan umrah tanda kesyukuran, bercuti panjang dan merebut kembali masa yang telah hilang?

Bawa-bawalah bertenang untuk beradu kekuatan dengan Najib melalui pilihanraya akan datang.

FELDA: Antara Fitnah dan Omong Kosong Mazlan Aliman


KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan adalah merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh Mazlan Aliman yang dianggotai oleh segelintir anak-anak peneroka Felda yang berhaluan kiri.

Selain berdemontrasi yang mengakibatkan kesesakan jalan dan memburuk-burukkan pengurusan Felda, Mazlan Aliman dan anak-anak buahnya dikatakan sering keluar masuk Felda berusaha menghasut golongan peneroka untuk menyokong perjuangan mereka.

Menurut Mazlan, ANAK memperjuangkan kepentingan para peneroka Felda dan masa depan syarikat perladangan terbesar di dunia itu.

Terbaru, Mazlan menampilkan ‘pakar ekonomi’ ANAK, Dr. Rosli Yaakop menyatakan bahawa kononnya Felda akan mengalami defisit pendapatan kira-kira RM1.5 bilion sekiranya Felda memajakkan tanah kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) dalam usaha penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia.

Hujah tersebut dibuat berpandukan kepada fakta perbelanjaan Felda pada tahun 2010 yang dikatakan mencecah RM2 bilion, sebaliknya hanya berpendapatan sebanyak RM251 juta dari pajakan tanah dan RM257 juta dari hasil keuntungan penjualan kelapa sawit segar.

“Kalau pendapatan kurang, tetapi perbelanjaan tinggi, kita mengalami defisit pendapatan.

“Felda nak ambil mana duit (yang selebihnya)… Felda tak mampu. Ini akan merugikan Felda dan rakyat akan menanggungnya.

“Sebab itu ia salah satu sebab mengapa kita menentang penyenaraian ini,” kata Dr. Rosli yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan yang dipetik dari Malaysiakini, hari ini.

Kenyataan Dr. Rosli itu dijadikan Mazlan untuk mengapi-apikan bantahan terhadap penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dan menyifatkannya sebagai ‘berat sebelah’ serta tidak memihak kepada golongan peneroka mahupun Lembaga Felda.

“Segala urusniaga akan ditandatangani oleh Felda Global Venture. Apa keistimewaan FGV sehingga mendapat kenikmatan aman sentosa.

“Macam tu sekali tingginya martabat Felda Global Venture,” katanya.

Tidakkah Dr. Rosli tahu bahawa Felda sebelum ini telah membelanjakan sebanyak RM500 juta semata-mata untuk pembangunan sosial para peneroka, manakala sebanyak RM1.5 bilion pula digunakan untuk kos pengoperasian.

Selepas FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia, dengan pegangan nilai pasaran yang dianggarkan sebanyak RM6 bilion oleh pakar-pakar ekonomi, para peneroka bakal menikmati pulangan yang lebih banyak berbanding sekarang dengan nilai pegangan saham dianggarkan sebanyak RM1.8 bilion.

Yang manakah lebih menguntungkan sama ada menerima peruntukan tahunan sebanyak RM500 juta atau pegangan nilai pasaran sebanyak RM1.8 bilion yang dijangka akan berkembang nilainya?

Pada pandangan penulis, Mazlan dan Dr. Rosli perlu periksa dahulu kesahihan fakta yang mereka peroleh dari sumber mereka itu sebelum membuat kenyataan yang mampu memalukan diri serta mengelirukan rakyat.

Dr. Rosli menyatakan bahawa Felda akan memperoleh sekitar RM251 juta dari hasil pajakan dan RM257 dari hasil jualan buah kelapa sawit yang menjadikan jumlah besarnya ialah RM508 juta.

‘Pakar ekonomi’ jenis apakah yang menafsirkan keuntungan Felda berdasarkan jumlah tersebut sedangkan Felda sebenarnya akan meluaskan perniagaannya dan tidak hanya bergantung kepada perladangan kelapa sawit serta pajakan tanah saja?

Tidakkah ‘pakar ekonomi’ itu sedar bahawa Felda akan berevolusi melalui FGVH dengan mencari peluang-peluang strategik baru di luar negara yang dijangka bakal memulangkan hasil yang lebih banyak berbanding di dalam negara?

Tentunya ‘pakar ekonomi’ politik Pas itu tidak menyedari bahawa FGVH memiliki sebuah pusat penapisan minyak canola dan soya di Kanada sehingga menyempitkan ruang prospek keuntungan syarikat itu kepada kelapa sawit sahaja.

Itu belum lagi diceritakan tentang usahasama strategik FGVH dengan syarikat-syarikat terkemuka dunia lain termasuk firma pengeluar produk pertanian terbesar di Benua Amerika, Bunge Ltd.

‘Pakar ekonomi’ itu tahu atau pernah dengar nama Bunge Ltd?

Justeru itu, sekiranya tidak tahu atau tidak mengkaji fakta, usahlah bersusah payah membuat sidang media yang akhirnya akan menyebabkan kreadibiliti seorang ‘pakar’ yang bergelar doktor tercemar.

Seperkara yang perlu Mazlan tahu dan lekatkan di dalam akalnya ialah Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mewakili para peneroka Felda akan memegang saham sebanyak 61 peratus pada peringkat awal pra-penyenaraian di Bursa Malaysia.

Secara matematik mudah, antara 61 peratus dan 39 peratus, siapakah pemegang saham yang paling banyak di dalam FGVH dan akan menikmati keuntungan yang lebih nanti?

Jadi, di mana asasnya dakwaan Mazlan yang kononnya FGVH mendapat kuasa besar dalam menentukan arah kemajuan Felda selepas penyenaraiannya di Bursa Malaysia?

Penulis telah bertemu ramai peneroka di beberapa gugusan Felda yang juga merupakan ahli KPF yang sah dan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap penyenaraian FGVH tersebut, selain mereka dijamin oleh ‘borang merah jambu’ dari kerajaan.

Jadi, sekiranya Mazlan sedar diri bahawa dia hanyalah ‘anak peneroka’ yang jelas bukan peneroka sebenar, malah bukan pun ahli KPF yang sah, mengapa dia perlu bertindak ‘lebih kuah dari sudu’?

Tidakkah Mazlan sedar dengar insiden dia dan anak-anak buahnya dihalau oleh sebilangan penduduk Felda dari memasuki kawasan tanah rancangan mereka membayangkan bahawa ANAK dibenci sama sekali oleh golongan peneroka?

Mazlan patut sedar bahawa kejayaannya menghasut sebahagian kecil warga Felda Sungai Tengi hanya mewakili 20 peratus dari jumlah sebenar warga Felda berkenaan.

Lagi 80 peratus memang menolak ANAK seratus peratus dan itu baru hanya di Felda Sungai Tengi.

Belum lagi disebut tentang puluhan Felda lain di beberapa buah negeri lain yang menyampah mendengar nama Mazlan Aliman dan ANAK.

Pada penulis yang mengikuti perkembangan dan membuat kajian dari peringkat asas peneroka yang sah di Felda-Felda, tidak usahlah Mazlan bersusah payah menghabiskan masa dengan menghasut dan menakut-nakutkan para peneroka lagi.

Tindakan itu hanya akan menimbulkan lebih banyak kemarahan warga peneroka Felda terhadap diri Mazlan sendiri, khususnya PAS, parti politik yang menjadi tempatnya berselindung di sebalik isu Felda itu.

Kalau terlalu kemaruk ingin menjadi calon Pilihanraya Umum pun, tak payahlah memalukan PAS di kalangan warga Felda kerana mereka memang tahu Mazlan punya agenda tersembunyi di sebalik ‘suara’ ANAK.

Para peneroka hidup ‘makan garam’ lebih awal berbanding Mazlan dan lebih berpengalaman untuk menilai sikap orang luar yang mahu meracuni pemikiran masyarakat Felda dengan dakyah politik murahan sebegitu. – Mynewshub.

Khamis, 26 Januari 2012

FELDA: Perit Jerih Lurah Bilut

Ketika Lurah Bilut mula diteroka untuk dijadikan tanah rancangan Felda, tidak siapa menyangka bahawa syarikat yang ditubuhkan kerajaan itu bakal menjadi sebuah syarikat perladangan yang terbesar dan terkemuka di dunia.

Ketika langkah pertama para peneroka yang membanting tulang empat kerat di Lurah Bilut dahulu, tidak siapa menyangka bahawa segala hasil titik peluh dan darah mereka akan terus mewangi sehingga ke persada antarabangsa.

Dan ketika komuniti kecil warga Felda Lurah Bilut mula berjasa pada bumi bertuah ini, tidak siapa menyangka bahawa program kerajaan untuk rakyat tersebut mampu mengubah nasib kehidupan mereka sehingga mampu memiliki ladang di Indonesia.

Dengan lahirnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH), nama Felda kini berada di negara termaju dunia, Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, negara-negara di Benua Eropah serta Asia Barat seperti Turki dan sebagainya.

Tidak pernah termimpi untuk para peneroka di Lurah Bilut tentang syarikat yang mereka usahakan itu akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai syarikat multi-nasional antarabangsa terkemuka dan berstatus multi-bilion seperti Bunge Limited, Procter & Gamble, Behn Meyer & Co, Taiko Clay Chemicals dan banyak lagi.

Bunge adalah sebuah firma pengeluar produk pertanian terbesar di Benua Eropah yang berpengkalan di New York dan mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi serta pasaran yang luas di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, negara-negara Asia Pacific, Afrika, Timur Tengah dan kepulauan Caribbean.

Menurut sumber yang diperoleh, FGVH kini memiliki sebuah loji memerah dan menapis minyak canola dan soya di Becancour, Kanada.

Usahasama FGVH dengan Bunge diramal akan memantapkan lagi harga dan nilai pasaran saham syarikat perladangan negara itu yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mac atau April ini.

Procter & Gamble (P&G) pula merupakan sebuah syarikat antarabangsa terkenal yang menjalinkan kerjasama berkaitan produk oleokimia, khususnya membabitkan mengenai penyelidikan bio-diesel yang kini berjalan lancar di Cincinnati, Amerika Syarikat.

Bayangkan sekiranya FGVH dan P&G menghasilkan produk bahan api diesel yang bakal menggantikan bahan bakar diesel sedia ada yang kian mahal harganya di pasaran, pastinya ia akan membuahkan hasil yang paling berbaloi.

Behn Meyer & Co. pula merupakan sebuah syarikat terkemuka di peringkat dunia yang menjalinkan kerjasama dengan FGVH berkaitan produk pertanian, khususnya baja pelbagai nutrien, di rantau Asia Tenggara dan Eropah.

Itu semua adalah beberapa nama-nama besar syarikat yang memainkan peranan penting di dalam dunia perniagaan di peringkat antarabangsa yang dilihat mampu melonjakkan keuntungan FGVH pada masa ini.

Ada banyak lagi usahasama dengan syarikat-syarikat besar dan FGVH bijak memilih rakan kongsi strategiknya memandangkan aset perladangan terbesar negara itu dibantu oleh pakar-pakar runding perniagaan dari dalam dan luar negara.

Untuk menjamin penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia itu memberi kelebihan terhadap peneroka Felda yang terbabit syarikat itu telah melantik tiga bank asing dan dua bank tempatan untuk mengendalikan proses tersebut.

Bank-bank asing tersebut ialah Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank, manakala bagi bank tempatan pula Felda diwakili oleh Maybank Berhad dan CIMB.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya FGVH menegaskan bahawa syarikat itu mampu dan komited untuk menjanjikan pulangan yang baik serta sangat berbaloi kepada Felda pada setiap tahun.

Mengukuhkan lagi jaminan bagi kepentingan Felda dan para peneroka, Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjamin bahawa mereka akan tetap terus mendapat apa saja kemudahan serta kelebihan yang mereka terima sebelum ini.

Dengan segala sokongan dari pihak pengurusan tertinggi Felda, FGVH, para peneroka dan kerajaan, segala ‘durian runtuh’ yang membabitkan penyenaraian di Bursa Malaysia itu bakal dinikmati bersama dalam ertikata “win-win situation”.

Terbaru, Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob juga turut menyatakan komitmen mereka untuk turun padang bagi memperjelaskan kepada seluruh warga peneroka di seluruh negeri itu mengenai penyenaraian FGVH tersebut.

“Dua siri penerangan melibatkan peneroka di beberapa buah tanah rancangan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan apabila mereka mula menyedari rasional penyenaraian FGVH.

“Selepas mendapatkan penerangan sebenar, mereka tidak lagi terkeliru dengan dakwaan pembangkang yang mendakwa kononnya aset serta tanah peneroka akan hilang jika syarikat Felda itu disenaraikan kerana tanah terbabit dijadikan cagaran,” kata Menteri Besar Pahang itu baru-baru ini.

Lihatlah, meskipun dianggap ‘orang luar’ yang tiada kepentingan di dalam Felda pun sudah sanggup menerangkan tentang ‘durian runtuh’ yang bakal diperoleh para peneroka, sudah tentulah penyenaraian itu bakal memberikan Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang terbaik buat semua warga Felda.

Khabarnya, warga pelabur pula tidak sabar menantikan penyeneraian Felda itu kerana ia adalah yang terbesar dan terbaik untuk tahun ini.

Sewajarnya selepas mendapat penjelasan yang membetulkan persepsi buruk yang ditohmah segelintir pihak, warga peneroka akan ‘lekas celik’ dan positif, serta memberikan sokongan padu kepada agenda yang bakal membuahkan hasil yang lumayan itu.

Hakikatnya, itulah Felda kini dan masa depannya yang lebih gemilang.

Bermula dari Lurah Bilut, kini Felda mengembangkan sayapnya di merata pelosok dunia dan megah bangga membawa nama Malaysia sebagai syarikat perladang yang bukan calang-calang reputasinya.

Bagaimanapun, segala ‘kemanisan’ yang dilihat mampu melonjakkan nama Felda di persada dunia itu tidak mungkin dapat dikecapi sekiranya tidak wujud kerjasama dari semua pihak, khususnya dedikasi dan sokongan padu dari kakitangan Felda sendiri.

Justeru, adalah wajar bagi semua pihak yang terbabit menjayakan transformasi Felda ini untuk sikap yang lebih positif dan berazam memberikan sokongan tidak berbelah bagi mendatangkan keuntungan kepada seluruh warga syarikat perladangan terbesar bertaraf dunia itu.

Sayanglah jika peluang keemasan ini dipersiakan hanya kerana segelintir minoriti yang cemburu dengan kejayaan Felda itu! –Mynewshub.my

Hujah Mazlan Aliman

Thursday, January 26, 2012
KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan adalah merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh Mazlan Aliman yang dianggotai oleh segelintir anak-anak peneroka Felda yang berhaluan kiri.

Selain berdemontrasi yang mengakibatkan kesesakan jalan dan memburuk-burukkan pengurusan Felda, Mazlan Aliman dan anak-anak buahnya dikatakan sering keluar masuk Felda berusaha menghasut golongan peneroka untuk menyokong perjuangan mereka.

Menurut Mazlan, ANAK memperjuangkan kepentingan para peneroka Felda dan masa depan syarikat perladangan terbesar di dunia itu.

Terbaru, Mazlan menampilkan ‘pakar ekonomi’ ANAK, Dr. Rosli Yaakop menyatakan bahawa kononnya Felda akan mengalami defisit pendapatan kira-kira RM1.5 bilion sekiranya Felda memajakkan tanah kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) dalam usaha penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia.

Hujah tersebut dibuat berpandukan kepada fakta perbelanjaan Felda pada tahun 2010 yang dikatakan mencecah RM2 bilion, sebaliknya hanya berpendapatan sebanyak RM251 juta dari pajakan tanah dan RM257 juta dari hasil keuntungan penjualan kelapa sawit segar.

“Kalau pendapatan kurang, tetapi perbelanjaan tinggi, kita mengalami defisit pendapatan.

“Felda nak ambil mana duit (yang selebihnya)… Felda tak mampu. Ini akan merugikan Felda dan rakyat akan menanggungnya.

“Sebab itu ia salah satu sebab mengapa kita menentang penyenaraian ini,” kata Dr. Rosli yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan yang dipetik dari Malaysiakini, hari ini.

Kenyataan Dr. Rosli itu dijadikan Mazlan untuk mengapi-apikan bantahan terhadap penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dan menyifatkannya sebagai ‘berat sebelah’ serta tidak memihak kepada golongan peneroka mahupun Lembaga Felda.

“Segala urusniaga akan ditandatangani oleh Felda Global Venture. Apa keistimewaan FGV sehingga mendapat kenikmatan aman sentosa.

“Macam tu sekali tingginya martabat Felda Global Venture,” katanya.

Tidakkah Dr. Rosli tahu bahawa Felda sebelum ini telah membelanjakan sebanyak RM500 juta semata-mata untuk pembangunan sosial para peneroka, manakala sebanyak RM1.5 bilion pula digunakan untuk kos pengoperasian.

Selepas FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia, dengan pegangan nilai pasaran yang dianggarkan sebanyak RM6 bilion oleh pakar-pakar ekonomi, para peneroka bakal menikmati pulangan yang lebih banyak berbanding sekarang dengan nilai pegangan saham dianggarkan sebanyak RM1.8 bilion.

Yang manakah lebih menguntungkan sama ada menerima peruntukan tahunan sebanyak RM500 juta atau pegangan nilai pasaran sebanyak RM1.8 bilion yang dijangka akan berkembang nilainya?

Pada pandangan penulis, Mazlan dan Dr. Rosli perlu periksa dahulu kesahihan fakta yang mereka peroleh dari sumber mereka itu sebelum membuat kenyataan yang mampu memalukan diri serta mengelirukan rakyat.

Dr. Rosli menyatakan bahawa Felda akan memperoleh sekitar RM251 juta dari hasil pajakan dan RM257 dari hasil jualan buah kelapa sawit yang menjadikan jumlah besarnya ialah RM508 juta.

‘Pakar ekonomi’ jenis apakah yang menafsirkan keuntungan Felda berdasarkan jumlah tersebut sedangkan Felda sebenarnya akan meluaskan perniagaannya dan tidak hanya bergantung kepada perladangan kelapa sawit serta pajakan tanah saja?

Tidakkah ‘pakar ekonomi’ itu sedar bahawa Felda akan berevolusi melalui FGVH dengan mencari peluang-peluang strategik baru di luar negara yang dijangka bakal memulangkan hasil yang lebih banyak berbanding di dalam negara?

Tentunya ‘pakar ekonomi’ politik Pas itu tidak menyedari bahawa FGVH memiliki sebuah pusat penapisan minyak canola dan soya di Kanada sehingga menyempitkan ruang prospek keuntungan syarikat itu kepada kelapa sawit sahaja.

Itu belum lagi diceritakan tentang usahasama strategik FGVH dengan syarikat-syarikat terkemuka dunia lain termasuk firma pengeluar produk pertanian terbesar di Benua Amerika, Bunge Ltd.

‘Pakar ekonomi’ itu tahu atau pernah dengar nama Bunge Ltd?

Justeru itu, sekiranya tidak tahu atau tidak mengkaji fakta, usahlah bersusah payah membuat sidang media yang akhirnya akan menyebabkan kreadibiliti seorang ‘pakar’ yang bergelar doktor tercemar.

Seperkara yang perlu Mazlan tahu dan lekatkan di dalam akalnya ialah Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mewakili para peneroka Felda akan memegang saham sebanyak 61 peratus pada peringkat awal pra-penyenaraian di Bursa Malaysia.

Secara matematik mudah, antara 61 peratus dan 39 peratus, siapakah pemegang saham yang paling banyak di dalam FGVH dan akan menikmati keuntungan yang lebih nanti?

Jadi, di mana asasnya dakwaan Mazlan yang kononnya FGVH mendapat kuasa besar dalam menentukan arah kemajuan Felda selepas penyenaraiannya di Bursa Malaysia?

Penulis telah bertemu ramai peneroka di beberapa gugusan Felda yang juga merupakan ahli KPF yang sah dan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap penyenaraian FGVH tersebut, selain mereka dijamin oleh ‘borang merah jambu’ dari kerajaan.

Jadi, sekiranya Mazlan sedar diri bahawa dia hanyalah ‘anak peneroka’ yang jelas bukan peneroka sebenar, malah bukan pun ahli KPF yang sah, mengapa dia perlu bertindak ‘lebih kuah dari sudu’?

Tidakkah Mazlan sedar dengar insiden dia dan anak-anak buahnya dihalau oleh sebilangan penduduk Felda dari memasuki kawasan tanah rancangan mereka membayangkan bahawa ANAK dibenci sama sekali oleh golongan peneroka?

Mazlan patut sedar bahawa kejayaannya menghasut sebahagian kecil warga Felda Sungai Tengi hanya mewakili 20 peratus dari jumlah sebenar warga Felda berkenaan.

Lagi 80 peratus memang menolak ANAK seratus peratus dan itu baru hanya di Felda Sungai Tengi.

Belum lagi disebut tentang puluhan Felda lain di beberapa buah negeri lain yang menyampah mendengar nama Mazlan Aliman dan ANAK.

Pada penulis yang mengikuti perkembangan dan membuat kajian dari peringkat asas peneroka yang sah di Felda-Felda, tidak usahlah Mazlan bersusah payah menghabiskan masa dengan menghasut dan menakut-nakutkan para peneroka lagi.

Tindakan itu hanya akan menimbulkan lebih banyak kemarahan warga peneroka Felda terhadap diri Mazlan sendiri, khususnya PAS, parti politik yang menjadi tempatnya berselindung di sebalik isu Felda itu.

Kalau terlalu kemaruk ingin menjadi calon Pilihanraya Umum pun, tak payahlah memalukan PAS di kalangan warga Felda kerana mereka memang tahu Mazlan punya agenda tersembunyi di sebalik ‘suara’ ANAK.

Para peneroka hidup ‘makan garam’ lebih awal berbanding Mazlan dan lebih berpengalaman untuk menilai sikap orang luar yang mahu meracuni pemikiran masyarakat Felda dengan dakyah politik murahan sebegitu. – Mynewshub.my